Thursday, 20 September 2018

PENGURUSAN GRAFIK

PENGURUSAN GRAFIK
disediakan oleh Looi Hong Man

        Menurut Som dan Mohd Dahalan, alat berfikir didefinisikan sebagai instrumen yang dapat menolong kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan bagus. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan oleh guru akan menjadi lebih tersusun, jelas dan senang difahami. Antara aspek yang tercakup dalam alat berfikir ini adalah soalan dan penyolaan, pengurusan grafik, CoRT dan peta minda.
Definisi pengurusan grafik adalah bentuk-bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan bagi membantu kita memberi fokus kepada apa yang sedang kita fikirkan. Pengurusan grafik merupakan salah satu bentuk lakaran ata ilustrasi yang dapat membantu mengurus cara berfikir seseorang ke arah yang lebih tersusun dan mantap. Pengurusan grafik ialah sejenis cara yang memuatkan keseluruhan ruang maklumat dalam satu lembaran kertas. Pengurusan grafik merangkumi aspek visual, gambar yang holistik yang mengenai fakta dan konsep serta perkaitan keduanya. Pengurusan grafik ini juga dkenali sebagai peta kognitif.
Tujuan penggunaan pengurusan grafik ialah dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan. Selain itu, pengurusan grafik dapat membantu merancang dan menyusun idea pelajar yang ingin membuat persembahan sesuatu projek secara berkumpulan, dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang, penggunaan pengurusan grafik secara terancang dan bertepatan dengan objektif pengajaran dapat memaksimumkan kemahiran komunikasi guru dan pelajar serta dapat mengenal pasti proses pemikiran kendiri seseorang. Pengurusan grafik juga boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar supaya pemikiran kita lebih terarah, tersusun, dan terancang dan hasilnya lebih berstruktur dan senang difahami. Pengurusan grafik juga dapat merancang dan menyusun idea secara teratur dan jelas, mengawal dan memahami proses pemikiran sendiri dan menterjemahkan idea dalam bentuk nyata.
Pengurusan grafik melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat sesuatu idea. Pengurusan grafik merupakan satu bentuk ilustrasi untuk melihat sesuatu idea dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan.
Penggunaan borang grafik juga dapat membantu pelajar untuk menyusun idea dengan lebih mudah, membezakan sesuatu perkara dengan tepat, membentuk klasifikasi dengan lebih tersusun, menerangkan proses atau aliran dengan lebih sistematik, mengelakkan maklumat yang penting daripada tercicir dan menjadikan kita lebih fokus
Contoh pengurusan grafik ialah peta minda, peta konse, gambar rajah Venn, carta aliran, tangga hierarki dan pohon fikiran.
Jenis-jenis pengurusan grafik dibahagikan kepada lima, iaitu pengurusan grafik membanding dan membeza, pengurusan grafik meramal kesan akibat, pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat, pengurusan grafik idea berpusat dan pengurusan grafik membuat kategori.
Pengurusan grafik membanding dan membeza amat berguna untuk mendapatkan penjelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. Pengurusan grafik ini boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk. Dengan menggunakan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak dan tepat, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh dan kuat. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu dan terpenting bagi semua mata pelajaran semasa kita belajar.
Pada kini, kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Kita haruslah mendapat penyelidikan yang boleh disahkan dan boleh dipercayakan. Kita juga perlu menimbang secara kriris apabila mencari maklumat dari mana-mana pun demi melakukan tugasan penulisan. Dengan menggunakan pengurusan grafik, pelajar akan mengetahui cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
Pengurusan grafik idea berpusat digunakan untuk menunjukkan bahagian, akinat atau sumbangan kepada sesuatu tajuk ataupun idea. Pengurusan grafik ini boleh digunakan untuk membantu pelajar melihat dan menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
Dengan berpandukan pengurusan grafik mmbuat kategori ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kelas yang sama.
















No comments:

Post a Comment

PEMETAAN I-THINK

PEMETAAN I-THINK disediakan oleh Chong Kee, Darrel  Pemetaan I-Think ialah satu program pemikiran inovatif. Tujuan program ini ada...