Thursday, 20 September 2018

PETA MINDA

PETA MINDA
disediakan oleh Lee Venhan

Peta minda telah digunakan sejak berzaman bagi tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi serta penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003), peta minda telah digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia dikenali sebagai “jaring” atau “penjaringan”, perancangan dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada zaman 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi lebih ringkas berbanding dengan nota, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.
     Menurut Tee et al.(2009), peta minda merupakan suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya diikuti dengan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya bagi menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda amat sesuai digunakan untuk membuat nota dalam sebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan ringkas serta mengingat sesuatu dengan mudah semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan effektif.
     Peta minda dapat diaplikasikan ke dalam aspek individu, keluarga, pendidikan dan situasi perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran, merumuskan, mengulangkaji dan menerangkan pemikiran secara umum. Misalnya, seseorang dapat sambil mendengar kuliah dan mencatat nota dengan penggunaan peta minda untuk isi dan kata kunci yang penting. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik menghafal atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu langkah yang digunakan bersama ketika sesi melakukan kreativiti berasaskan pensil warna.
      Peta minda boleh dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai “nota kasar”. Contohnya, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Peta minda juga dikenali sebagai “Swiss army knife for the brain” adalah suatu teknik mengambil nota yang telah diguna oleh lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada masa yang sama, penggunaan peta minda adalah luas dalam dunia pendidikan serta perniagaan (Buzan, 2002). Matlamat Buzan adalah untuk membolehkan “Manual operasi Otak Manusia” dimiliki oleh masyarakat di seluruh dunia. Kejayaan usaha ini semakin dicapai menerusi ucaptama, media, penerbitan (lebih daripada 90 tajuk setakat ini), perisian dan pusat-pusat latihan kursus Buzan. Pencipta kepada peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa adalah Tony Buzan. Pengarah Microsoft iaitu Bill Gates mengenal pasti kepentingan peta minda dalam karangannya yang bertajuk “The road ahead – how mind mappers are taking our information democracy to the next stage” ... “ satu generasi perisian peta minda baru mampu diguna sebagai asas templet digital untuk menghubungkaitkan idea dan data, justeru mencipta pengetahuan yang baru. Peta minda merupakan suatu teknik mengrafik yang sangat berkuasa di mana ia mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berkaitan dengan penggunaan korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang dengan effektif. Peta minda boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan intelek seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri. Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia.
     Penciptaan peta minda diperkenalkan pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh jutaan individu di seantero dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan yang terdiri daripada golongan muda dan tua di mana mereka ingin menggunakan pemikiran dengan lebih cekap.


No comments:

Post a Comment

PEMETAAN I-THINK

PEMETAAN I-THINK disediakan oleh Chong Kee, Darrel  Pemetaan I-Think ialah satu program pemikiran inovatif. Tujuan program ini ada...